Malay Karangan 1 (;
Monday, 30 January 2012 @ 23:02
Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilikku. Aku mengimbau kenangan silam lalu bandungan air mataku pecah dan membasahi pipiku yang gebu. 16 tahun yang lalu aku berada di posisi anakku yang kini sedang hamil dengan seorang bayi luar nikah. Aku berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan anakku sendiri dari musibah sebegini.
Sebagai seorang kaunselor sekolah, dan juga seorang ibu, aku sudah gagal untuk memberi pendidikan yang sewajarnya sebagai seorang wanita yang solehah dan yang bermaruah. Betapa malunya aku mendengar peristiwa yang pahit itu telah mengaibkan diriku. Aku sedari bahawa masa silamku tidak dapat dimaafkan. Oleh itu, aku berniat untuk membuat perkara yang baik untuk masyarakat demi menembusi kesalahanku dan membuktikan baktiku kepada masyarakat dan negara. Aku mendapatkan pertolongan daripada mereka walaupun aku telah menconteng arang kepada masyarakat melayu dan juga agamaku.
Aku kini tahu betapa pedih dan perit hati ibuku diguris apabila beliau mendapat berita bahawa aku hamil bila aku cuma 16 tahun dan sedang menduduki peperiksaan GCE peringkat O's aku yang amat penting untuk masa hadapan.Rasa kecewa dan hampa di hati seorang ibu tidak terkata. Karma telah mengejarku akan kesilapan masa silamku. Dahulu, aku dihalau dari rumah dan tiada tempat untuk berteduh. Ayah pada anakku telah melepaskan tanggung jawabnya lalu melarikan diri ke luar negara. Aku menjadi sebatang kara dan tiada seorang insan pun yang boleh mendengar penderitaan yang kian menjerit di hatiku. Aku rasa kehilangan dan arah tujuan yang tidak menentu. Sejak kejadian itu aku hampa dan hidup berdikari untuk menyara hidup dengan anakku.
Inilah satu-satunya peristiwa yang tidak aku boleh lupakan kerana itulah yang menyebabkan hubungan antara aku dan ibuku untuk renggang dan putus dengan sekelip mata. Walaupun sebegitu, aku dan ibuku saling memaafi dan berdamai. Seperti bak peribahasa air dicencang tidak akan putus. Bandingkan dengan peristiwa yang lain yang aku lalui, inilah yang menikam hatiku hingga meninggalkan parut yang mengingatkan silam pahit dalam hidupku. Tak ada insan yang aku perlukan selain ibu. Syurgalah yang diletak di bawah tapak kaki ibu. Tanpanya, aku berasa hilang dan tidak bermaya.


