Status ; I HOPE YOU LIKE THIS TEMPLATE. DONT REMOVE CREDITS!
Beautiful Flowers
Monday, 13 February 2012 @ 16:53

       “Aman! KERETA!” jerit isteriku.
       Aku menoleh ke kanan lalu melihat sebuah kereta sedang meluru ke arahku. Di tengah-tengah kekalutan ini, hatiku bagaikan menjerit, seolah-olah jeritan itu bergema dan sahut-sahutan lantas melayang, meneroka jauh ke detik-detik di suatu silam itu. Silam yang berlaku sepuluh tahun sebelum. Satu peritiwa yang kelihatan kabur. Satu peristiwa yang disembunyikan dalam pelosok hati. Aku dibawa pulang pada masa dahulu.
     “Ibu mahu lihat Aman menerima sijil universiti nanti. Ibu mahu sorak untuk Aman sekuat-kuat mungkin. Mahu semua orang tahu bahawa anak ibu telah buat ibu bangga. Anak ibulah yang terhebat,” kata ibu lalu mendakapku dengan kuat.
       Aku berasa sangat malu dengan ibu lalu menolaknya dan memekik padanya kata-kata yang pahit. “Aman bukan anak ibu! Kau bukan ibu aku! Ibu aman bukan buta!” Dia terduduk lalu aku lihat air jernih mengalir di pipinya apabila mendengar cetusan kata-kataku yang menusuk jauh ke sanubari hatinya. Aku tercegat seperti patung. Apa telah aku lakukan?
       Aku langkah seribu ke halaman sekolah. Sambil aku berlari, fikiranku menderas mengingatkan peritiwa manisku dengan ibu. Walaupun matanya buta, dia mencuba sedaya upayanya untuk membayar yuran sekolah dan memberikanku pendidikan yang terbaik dari sekolah yang paling termasyur di Singapura. Apabila ayahku meninggal bila aku masih bayi lagi, dia hidup sebatang kara membesarkanku. Hidup kita terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh dengan onak dan duri. Apabila aku menceritakannya cita-citaku sebagai seorang peguam, dia menyokong dengan cadanganku lalu membelikan alat-alat penulis dan sebuah beg supaya aku boleh main peguam-peguam dengannya walaupun duit belanja pada bulan itu agak sempit. Aku berjanji pada diriku sendiri bahawa, kalau ibu dalam apa-apa masalah, aku akan berada di sisinya dan melindungi dari bahaya. Walaupun aku tahu dia tidak sempurna, aku tetap berasa malu mahu bersemuka dengan kawan-kawan dan memperkenalkan ibuku pada mereka kerana takut apa yang dikatakan oleh mereka.
      “Aman! Ibu di sini!” tiba-tiba, suara ibu kedengaran dari jauh apabila ku memanjat tangga ke pentas untuk mendapatkan sijilku.
      Aku menoleh belakang dan hatiku melonjat seribu. Aku terkejut melihat muka ibu timbul serta-merta di majlis universiti. Aku berasa sangat malu lalu berjalan ke arah lain. Beribu-ribu soalan tiba di kotak fikiranku, mengapa ibu berada di sini walaupun aku sudah memerintahnya untuk jangan pergi? Mengapa dia membuat hidup sangat sukar untuk aku? Aku berlari ke keretaku lalu melihat jeritan ibu dari jauh. Tetapi, kali ini, bila aku menoleh ke belakang,lalu melihat badan ibuku terhempas kereta. Aku terperanjat dengan kemalangan yang telah berlaku dalam masa yang suntuk. Aku berlari ke arah ibu dan mendakap badannya. Darahnya merebak bajuku. Aku menjerit untuk pertolongan dan melihat orang menekan telefon bimbit mereka dengan haru-hara, untuk ambulans datang kemari dengan cepat. Mata ibu terkebil-kebil macam katak disimbah air.
      “Aman, anak ibu. Ini sepucuk surat untuk anak ibu yang bijak ini. Aman sudah membuat ibu bangga sekali. Aman jangan risau pasal ibu. Ibu akan berada di sisi Aman selama-lamanya. Ibu minta maaf kerana Ibu tidak sempurna. Aman, janganlah marah dengan ibu lagi. Ibu sayang Aman sangat-sangat,” curahan kasih sayang ibu menumbuk hati Aman dengan penuh impak lalu air mata mula tumpah dari tasik bundar.
     Ibu menyulum senyuman tipis dan menutup matanya. Aku mengoncang badan ibuku yang sudahpun tidak bermaya dan menangis teresak-esak sambil memohon maaf padanya. Selama ini, aku tidak berterima kasih dan bersyukur dengan semua korbanannya. Kini, bila ibu sudah tidak bernyawa aku menyesal dengan kelakuanku. Aku mencapai sepucuk surat yang dicelup dengan darah ibunda, dan mula membaca isinya.
      “ Aman, anak ibu. Ibu mengampun maaf kerana membuat Aman rasa malu terhadap ibumu yang tidak sempurna ini. Ibu tahu, ibu ni tidak berguna. Tak layak untuk menjadi ibu Aman. Sebenarnya, bila Aman masih kecil lagi, apabila Aman cuma berusia empat tahun, Aman melanggar gelas almari di ruang tamu semasa Aman bermain basikal di rumah kerana ibu tidak membenarkan Aman di luar akibat hujan yang turun sangat lebat. Lalu itu, kaca yang pecah berderai di lantai termasuk mata Aman. Ibu yang berada di dapur lalai dengan menjaga Aman cuba menelefon hospital tetapi tidak dapat kerana hujan turun dengan ribut. Ibu lalu mendukung Aman dan berlari ke hospital. Nasib baik, hospital dekat dengan rumah. Doktor kata mata Aman tidak dapat diselematkan. Dengan pantas, ibu menderma mata ibu dan menyuruh doctor meneruskan operasi supaya Aman dapat lihat dengan dua-dua mata Aman lagi. Ibu tidak sanggup melihat anak ibu hidup dengan satu mata. Walau bagaimanapun, ibu sangat bangga kerana Aman dapat melihat dunia dengan mata ibu ini. Ibu sayangkan Aman. Maafkan ibulah sayangku.”
      Aman melutut di sebelah mayatnya dan memegang tangannya dengan erat meminta ampun. Selama ini, ibu yang tidak bersalah meminta maaf tak terhenti-henti, tetapi ku, anak derhaka dan tidak sedar diri, meneruskan hidup dengan senang-lena. Aku mencium pipi ibuku dan meminta ampun. Walaupun begitu, aku tahu. Ia sudah terlambat.
      Aku pulang dari hayalanku dan melihatku terduduk di tengah-tengah jalan bersemuka dengan sebuah kereta. Aku berdiri lalu melangkah seribu ke arah isteriku lalu mendakap badannya yang kecil. Awan mendungg bergayutan di pelipis mataku lalu jatuh membasahi pipiku. Hati berdebar-debar dengan laju tak terhenti-henti. Kata-kata isteriku menenangkan hatiku. Peristiwa itu masih menghantui hidupku.

Malay Karangan 1 (;
Monday, 30 January 2012 @ 23:02

       Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilikku. Aku mengimbau kenangan silam lalu bandungan air mataku pecah dan membasahi pipiku yang gebu. 16 tahun yang lalu aku berada di posisi anakku yang kini sedang hamil dengan seorang bayi luar nikah. Aku berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan anakku sendiri dari musibah sebegini.

       Sebagai seorang kaunselor sekolah, dan juga seorang ibu, aku sudah gagal untuk memberi pendidikan yang sewajarnya sebagai seorang wanita yang solehah dan yang bermaruah. Betapa malunya aku mendengar peristiwa yang pahit itu telah mengaibkan diriku. Aku sedari bahawa masa silamku tidak dapat dimaafkan. Oleh itu, aku berniat untuk membuat perkara yang baik untuk masyarakat demi menembusi kesalahanku dan membuktikan baktiku kepada masyarakat dan negara. Aku mendapatkan pertolongan daripada mereka walaupun aku telah menconteng arang kepada masyarakat melayu dan juga agamaku.

        Aku kini tahu betapa pedih dan perit hati ibuku diguris apabila beliau mendapat berita bahawa aku hamil bila aku cuma 16 tahun dan sedang menduduki peperiksaan GCE peringkat O's aku yang amat penting untuk masa hadapan.Rasa kecewa dan hampa di hati seorang ibu tidak terkata. Karma telah mengejarku akan kesilapan masa silamku. Dahulu, aku dihalau dari rumah dan tiada tempat untuk berteduh. Ayah pada anakku telah melepaskan tanggung jawabnya lalu melarikan diri ke luar negara. Aku menjadi sebatang kara dan tiada seorang insan pun yang boleh mendengar penderitaan yang kian menjerit di hatiku. Aku rasa kehilangan dan arah tujuan yang tidak menentu. Sejak kejadian itu aku hampa dan hidup berdikari untuk menyara hidup dengan anakku.


          Di dalam kegelapan yang aku lalui, aku terlihat sesinar cahaya yang sedang menerangi untuk memberiku harapan. Aku bertemu dengan seorang kawan akrab yang memahami keadaanku dan juga ibunya yang tumpang kasihan padaku. Merekalah yang berada di sisiku apabila aku perlu bantuan. Seumpamanya jikalau aku kekurangan keperluan untuk anakku, mereka akan membelikan susu dan lampin dan mereka menerimaku dengan apa adanya. Dengan itu, aku berasa terhutang budi dengan mereka dan bersyukur atas pertolongan mereka. Aku segan dengan hidupku yang menumpang. Walau bagaimanapun, tiada dorongan yang lebih baik selain dari mendapatkannya dari ibundaku. Aku telah menoreh parut di hatinya lalu sukar untuk ibunda untuk memaafkan. Bertahun-tahun sudah berlalu dan setelah kian lama ku , akhirnya ku menetapkan keputusan muktamad untuk bertemu dengan ibuku. Airmata ibuku mengalir dengan serta-merta apabila dia membuka pintu dan melihat wajahku. Dia hanya berdiri dan amat terkejut melihatku. Ibuku menerimaku dan anak dan cucuku dengan tangan yang terbuka. 

       Inilah satu-satunya peristiwa yang tidak aku boleh lupakan kerana itulah yang menyebabkan hubungan antara aku dan ibuku untuk renggang dan putus dengan sekelip mata. Walaupun sebegitu, aku dan ibuku saling memaafi dan berdamai. Seperti bak peribahasa air dicencang tidak akan putus. Bandingkan dengan peristiwa yang lain yang aku lalui, inilah yang menikam hatiku hingga meninggalkan parut yang mengingatkan silam pahit dalam hidupku. Tak ada insan yang aku perlukan selain ibu. Syurgalah yang diletak di bawah tapak kaki ibu.  Tanpanya, aku berasa hilang dan tidak bermaya.

Bonjour
You've Stuck


Welcome to My blog. I hope you +Follow me. Cick here to exit. Replace this Welcome Note with your's.
italic underline bold Link